Isnin, Disember 22, 2008

Lawatan Ke Borneo Gaya Sdn. Bhd, Tuaran, Sabah

Mesyuarat Majlis Perundingan Kampung Kulapis akhir tahun yang berlangsung pada 30 November 2008 telah membicangkan satu agenda mengenai `Ternakan Kambing'. Pengerusi begitu tertarik dengan agenda ini dan bercadang untuk melawat sambil belajar ke Borneo Gaya Sdn. Bhd., Tuaran, Sabah.

Pada 19 Disember 2008, satu rombongan kecil yang diketuai oleh Ketua Kampung Kulapis, Awang Hj Timor Hj Limbang telah berhasil melawat ke Borneo Gaya. Rombongan sampai jam 9.00 pagi. Rombongan kami telah disambut mesra oleh Pengurus Ladang, saudara Suhairi bin Hashim, dan beliau telah menerangkan serba ringkas cara-cara menternak kambing. Beliau juga membawa kami ke kandang-kandang kambing dan memperkenalkan jenis-jenis kambing yang ada diternak oleh Borneo Gaya. Borneo Gaya mempunyai ladang ternakan kambing seluas 6 hektar dan menternak sebanyak 900 ekor kambing berasal dari jenis kambing boer.

Lawatan kami berakhir jam 11.00 pagi, dan membawa sedikit ilmu mengenai kaedah menternak kambing.

















Ketua Kampung Kulapis dan rombongan sedang memerhati kambing yang diasingkan untuk persediaan mengawan.

















Kambing yang diasingkan mengikut kelompok dan jenis-jenis yang tertentu.

















Gambar kenangan yang diambil sebelum pulang ke tanah air.

Dari kiri:
Ghazalie Hj Johari (pemandu arah), Hj Mohd Jaffar Hj Rais, Hj Timor Hj Limbang (Ketua Kampung Kulapis), Suhairi Hashim (Pengurus Ladang), Noriani Hj Badzawie (Pengerusi Biro Wanita MPKK), dan Siah Bt Hj Dollah.










Tiada ulasan:

Catat Ulasan