Ahad, Disember 28, 2008

Walkathon di Kampung Kulapis


Kampung Kulapis, Ahad 28 Disember 2008, mengadakan walkathon dan Bicyclethon iaitu satu aktiviti tahunan yang diselanggarakan oleh Majlis Perundingan Kampung Kulapis yang diketuai oleh Awang Abbas bin Tanjong. Acara bermula jam 7.10 pagi, dimulakan dengan aktiviti senamrobik. Ini adalah kali ke-dua beliau menjayakan aktiviti serupa di Kampung ini. Kali pertama aktiviti walkathon ini diadakan pada Disember 2007, dan tahun (2008) ini ditambah dengan aktiviti basikalton. Ketua Belia dan Sukan MPKK, Awang Abbas bin Tanjong bercadang akan mengadakan aktiviti ini pada tiap-tiap tiga bulan sekali, dan akan bermula tahun 2009. Riadah ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan membantu meningkatkan kesihatan masyarakat kampung.


Peserta sedang giat beraksi dalam aktiviti senamrobik yang ditunjuk ajar oleh dua orang pelatih senamrobik.













Semua peserta memberi perhatian dan beraksi.












Awang Abbas berbaju hijau sedang beraksi `2 in 1' bersenam sambil memfoto peserta yang lain.













Aktiviti yang tidak kira usia, kanak-kanak juga ikut serta dalam beriadah untuk kesihatan.









`ON YOUR MARK' ... Semua sedang bersedia untuk maju ke depan...














`GET SET'...













`NOW GO'...














Aksi walkthon...












Aksi basikalton...









Acara tamat kira-kira jam 9.00 pagi.

1 ulasan:

  1. For sharing thank you very much good very beautiful work

    BalasPadam